Thursday, April 21, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011

Pada 19hb-21hb April, Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011 telah diadakan di stadium mini SMK Syed Hassan,Kangar. Program Pendidikan Khas SMKTS telah menghantar seramai 16 peserta untuk menyertai kejohanan tersebut.Guru-guru SMKTS telah ditugaskan sebagai AJK Makanan &Minuman sepanjang tiga hari acara berlangsung. Hasil dari latihan intensif berterusan selama sebulan,pelajar SMKTS telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi semua acara yang disertai terutama acara balapan.SMKTS telah dianugerahi Maskot Terbaik, Perbarisan Terbaik serta Olahragawan Terbaik Bawah 19tahun Lelaki. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengharumkan nama SMKTS. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjalankan latihan intensif kepada para peserta dan merancang teknik-teknik larian yang bersesuaian dengan tahap kecergasan murid.Secara keseluruhan, SMKTS telah mendapat tempat ke 3 dari segi pungutan pingat dan ini adalah satu peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun yang lepas.

No comments:

Post a Comment