Thursday, April 28, 2011

Cameron Highland, here we come!

Pada 27-29 April 2011, PKBP SMK Tg Suleiman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Seramai 20 pelajar dan 9 guru menyertai lawatan tersebut. Objektif utama lawatan ini adalah untuk melawat kawasan tanaman sayuran MARDI dimana segala teknik dan proses penanaman ingin dipelajari untuk diaplikasikan di PKBP. Pada jam 9 pagi, bas bertolak dari kawasan sekolah menuju ke Cameron Highland. Semua ahli rombongan telah dibekalkan dengan sarapan pagi sebelum bertolak.Sekitar jam 10:30 pagi,ahli rombongan berhenti dikawasan rehat R&R Gurun untuk menikmati sarapan pagi.Kemudian perjalanan diteruskan dan berhenti di R&R Sg Perak untuk makan tengahari.Semua ahli rombongan kelihatan sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanan.Sekitar jam 5petang,ahli rombongan selamat tiba ke destinasi dan 'check in' di Apartmen Highlander.Aktiviti bermula pada jam 6petang iaitu bermula dengan makan makan di MarryBrown.Pada keesokkan harinya,lokasi pertama yang dilawati ialah MARDI.Semua ahli rombongan telah dibawa melawat kawasan tanaman anggur,strawberi,sayuran,bunga,epal dan ladang teh.Ahli rombongan sempat membeli belah di pusat jualan MARDI sebelum makan tengahari.Kemudian semua ahli rombongan berpeluang menikmati hidangan teh di Bharat Tea.Selepas penat berjalan disekitar Bharat Tea,semua ahli rombongan mengambil peluang membeli belah hasil tanaman dan ole-ole Cameron di bazar cenderahati Pekan Berinchang.Setelah selesai membeli belah,ahli rombongan telah dibekalkan dengan hidangan KFC untuk makan malam. Pada keesokkkan harinya, ahli rombongan bersiap sedia untuk pulang ke Perlis sekitar jam 9pagi dari kawasan apartmen.

Kenangan di hadapan apartmen

















Kenangan di MARDI


















































Thursday, April 21, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011

Pada 19hb-21hb April, Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011 telah diadakan di stadium mini SMK Syed Hassan,Kangar. Program Pendidikan Khas SMKTS telah menghantar seramai 16 peserta untuk menyertai kejohanan tersebut.Guru-guru SMKTS telah ditugaskan sebagai AJK Makanan &Minuman sepanjang tiga hari acara berlangsung. Hasil dari latihan intensif berterusan selama sebulan,pelajar SMKTS telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi semua acara yang disertai terutama acara balapan.SMKTS telah dianugerahi Maskot Terbaik, Perbarisan Terbaik serta Olahragawan Terbaik Bawah 19tahun Lelaki. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengharumkan nama SMKTS. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjalankan latihan intensif kepada para peserta dan merancang teknik-teknik larian yang bersesuaian dengan tahap kecergasan murid.Secara keseluruhan, SMKTS telah mendapat tempat ke 3 dari segi pungutan pingat dan ini adalah satu peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun yang lepas.