Saturday, February 19, 2011

Sukan Merentas Desa SMKTS 2011

Pada hari sabtu, 22Januari 2011, SMK Tg Suleiman telah mengadakan sukan merentas desa. Acara tersebut disertai oleh semua pelajar termasuk 4orang pelajar dari Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dibawah bimbingan En Ahmad Sukri, pelajar telah menjalani latihan kecergasan selama seminggu sebelum acara dijalankan. Pada hari kejohanan, 4orang pelajar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu sampai digarisan penamat dalam masa yang telah ditetapkan dan berjaya mengutip mata untuk rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut. Harapan para guru PKBP pada tahun hadapan adalah para peserta dari PKBP akan mendapat pingat sebagai hasil penat lelah berusaha sehingga berjaya.

Friday, February 18, 2011

Lawatan ke Kompleks Pertanian Bukit Temiang,Perlis

Pada 17hb Februari 2011,satu lawatan telah diadakan di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri, Perlis. Seramai 22 orang pelajar diiringi 9 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Pelajar berkumpul di Bangunan Seri Pagi dan bertolak ke lokasi pada pukul 9:00pagi. Rombongan tiba dilokasi pada pukul 9:15pagi dan disambut oleh En Hasanudin, iaitu Pegawai dari Kompleks Pertanian. Lawatan dimulakan dengan melawat kawasan sayur-sayuran dan diberi penerangan mengenai cara penanaman yang digunakan mereka. Seterusnya ahli rombongan dibawa ke kawasan tanaman buah naga (dragon fruit), jambu madu dan longan. Beliau menerangkan mengenai jenis baja yang sesuai untuk mempercepatkan cara pembungaan 3jenis tanaman tersebut. Selepas itu, ahli rombongan dibawa ke ladang anggur dan diberi penerangan mengenai proses pematangan buah anggur. Lawatan berakhir pada pukul 11:30pagi dan pelajar dibenarkan pulang pada jam 12tengahari.