Thursday, April 28, 2011

Cameron Highland, here we come!

Pada 27-29 April 2011, PKBP SMK Tg Suleiman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Seramai 20 pelajar dan 9 guru menyertai lawatan tersebut. Objektif utama lawatan ini adalah untuk melawat kawasan tanaman sayuran MARDI dimana segala teknik dan proses penanaman ingin dipelajari untuk diaplikasikan di PKBP. Pada jam 9 pagi, bas bertolak dari kawasan sekolah menuju ke Cameron Highland. Semua ahli rombongan telah dibekalkan dengan sarapan pagi sebelum bertolak.Sekitar jam 10:30 pagi,ahli rombongan berhenti dikawasan rehat R&R Gurun untuk menikmati sarapan pagi.Kemudian perjalanan diteruskan dan berhenti di R&R Sg Perak untuk makan tengahari.Semua ahli rombongan kelihatan sangat bersemangat untuk meneruskan perjalanan.Sekitar jam 5petang,ahli rombongan selamat tiba ke destinasi dan 'check in' di Apartmen Highlander.Aktiviti bermula pada jam 6petang iaitu bermula dengan makan makan di MarryBrown.Pada keesokkan harinya,lokasi pertama yang dilawati ialah MARDI.Semua ahli rombongan telah dibawa melawat kawasan tanaman anggur,strawberi,sayuran,bunga,epal dan ladang teh.Ahli rombongan sempat membeli belah di pusat jualan MARDI sebelum makan tengahari.Kemudian semua ahli rombongan berpeluang menikmati hidangan teh di Bharat Tea.Selepas penat berjalan disekitar Bharat Tea,semua ahli rombongan mengambil peluang membeli belah hasil tanaman dan ole-ole Cameron di bazar cenderahati Pekan Berinchang.Setelah selesai membeli belah,ahli rombongan telah dibekalkan dengan hidangan KFC untuk makan malam. Pada keesokkkan harinya, ahli rombongan bersiap sedia untuk pulang ke Perlis sekitar jam 9pagi dari kawasan apartmen.

Kenangan di hadapan apartmen

















Kenangan di MARDI


















































Thursday, April 21, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011

Pada 19hb-21hb April, Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas 2011 telah diadakan di stadium mini SMK Syed Hassan,Kangar. Program Pendidikan Khas SMKTS telah menghantar seramai 16 peserta untuk menyertai kejohanan tersebut.Guru-guru SMKTS telah ditugaskan sebagai AJK Makanan &Minuman sepanjang tiga hari acara berlangsung. Hasil dari latihan intensif berterusan selama sebulan,pelajar SMKTS telah menunjukkan prestasi cemerlang bagi semua acara yang disertai terutama acara balapan.SMKTS telah dianugerahi Maskot Terbaik, Perbarisan Terbaik serta Olahragawan Terbaik Bawah 19tahun Lelaki. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang telah mengharumkan nama SMKTS. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus menjalankan latihan intensif kepada para peserta dan merancang teknik-teknik larian yang bersesuaian dengan tahap kecergasan murid.Secara keseluruhan, SMKTS telah mendapat tempat ke 3 dari segi pungutan pingat dan ini adalah satu peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun yang lepas.

Thursday, March 24, 2011

Pesta Buku Perlis 2011

Pada 24 Mac 2011, Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMK Tg Suleiman telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pesta Buku Perlis 2011 bertempat di Dewan 2020. Seramai 25pelajar dan 10guru telah menyertai lawatan ini. Pada jam 9:30pagi, rombongan lawatan bertolak dari kawasan sekolah menaiki van. Setibanya kami di sana, semua booth telah bersedia dengan gerai jualan masing-masing.Pelajar dibimbing membeli buku yang bersesuaian dengan tahap masing-masing. Guru juga mengambil peluang ini untuk membeli buku rujukan tambahan sebagai persediaan mengajar. Setelah selesai aktiviti di sana, rombongan pelajar dan guru pulang kembali ke sekolah pada jam 12 tengahari.

Wednesday, March 9, 2011

Terapi Boling 2011

Program Pendidikan Khas SMKTS telah menganjurkan terapi boling untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas setiap bulan. Antara objektif aktiviti adalah untuk meningkatkan kemahiran motor kasar pelajar disamping mewujudkan kerjasama antara pelajar semasa bermain. Disamping itu, seruan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum iaitu 1Murid 1Sukan menguatkan lagi semangat tenaga pendidik SMKTS untuk terus menganjurkan aktiviti ini.






Tenaga pengajar sedang menunjukkan teknik berdiri yang betul














Murid bersedia untuk melakukan balingan



Murid bergambar sebelum pulang

Saturday, February 19, 2011

Sukan Merentas Desa SMKTS 2011

Pada hari sabtu, 22Januari 2011, SMK Tg Suleiman telah mengadakan sukan merentas desa. Acara tersebut disertai oleh semua pelajar termasuk 4orang pelajar dari Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dibawah bimbingan En Ahmad Sukri, pelajar telah menjalani latihan kecergasan selama seminggu sebelum acara dijalankan. Pada hari kejohanan, 4orang pelajar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik iaitu sampai digarisan penamat dalam masa yang telah ditetapkan dan berjaya mengutip mata untuk rumah sukan. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut. Harapan para guru PKBP pada tahun hadapan adalah para peserta dari PKBP akan mendapat pingat sebagai hasil penat lelah berusaha sehingga berjaya.

Friday, February 18, 2011

Lawatan ke Kompleks Pertanian Bukit Temiang,Perlis

Pada 17hb Februari 2011,satu lawatan telah diadakan di Kompleks Pertanian Bukit Temiang, Beseri, Perlis. Seramai 22 orang pelajar diiringi 9 orang guru telah mengikuti lawatan ini. Pelajar berkumpul di Bangunan Seri Pagi dan bertolak ke lokasi pada pukul 9:00pagi. Rombongan tiba dilokasi pada pukul 9:15pagi dan disambut oleh En Hasanudin, iaitu Pegawai dari Kompleks Pertanian. Lawatan dimulakan dengan melawat kawasan sayur-sayuran dan diberi penerangan mengenai cara penanaman yang digunakan mereka. Seterusnya ahli rombongan dibawa ke kawasan tanaman buah naga (dragon fruit), jambu madu dan longan. Beliau menerangkan mengenai jenis baja yang sesuai untuk mempercepatkan cara pembungaan 3jenis tanaman tersebut. Selepas itu, ahli rombongan dibawa ke ladang anggur dan diberi penerangan mengenai proses pematangan buah anggur. Lawatan berakhir pada pukul 11:30pagi dan pelajar dibenarkan pulang pada jam 12tengahari.